Friday, October 14, 2011

koleksi teka teki

Kalau korang boring time lepak2 ngan member atau aweks bleh la berteka teki seketika,bleh tahan la seronoknya, so aku nk kongsikan senarai teka teki yang aku ingat. Apapun aku akan update dari masa ke semasa kalau dapat yang baru. Kawan2 kalau ada teka teki yang baru boleh share dekat komen.

1. Bunga apakah bila disiram akan mati ?
jawapan: bunga api


2. Apakah dia, siang ada satu, malam ada dua?

jawapan: bilangan huruf 'A' dalam ejaan siang dan malam

3. Makanan apa yang tidak boleh dimakan bahagian tengahnya?
jawapan: kuih donut

4. Bola apakah paling dihormati ?
jawapan : bola golf, kerana pemain akan tabik.

5. Ejaan katak bila diterbalikkan jadi katak juga, susu bila diterbalikkan jadi apa?
jawapan: tumpah lah

6. bila dia mati, orang akan bertepuk tangan ?.
jawapan: lilin hari jadi.

7. Binatang apakah paling kaya ?.
jawapan: beruang ( ber uang)

No comments: